Kalkulator Pinjaman Peribadi Malaysia

Ingin mohon pinjaman peribadi? Guna kalkulator ini untuk kira ansuran bulanan.
Penafian: Kalkulator pinjaman peribadi ini bertujuan untuk kegunaan peribadi sahaja. Kami tidak akan menyimpan atau menggunakan sebarang maklumat peribadi anda. Maklumat di atas tidak bermaksud sebagai satu tawaran kredit dan tidak menjamin bahawa kemudahan kredit yang dipohon akan diluluskan. Semua permohonan pembiayaan tertakluk kepada penilaian kredit dan kelulusan daripada rakan kongsi dan pembiaya di platform Coshare i-Financing

Cara untuk guna kalkulator pinjaman peribadi overlap

Langkah 1

Masukkan amaun hutang tertunggak, kadar faedah tahunan dan bayaran bulanan yang anda buat pada masa ini untuk pinjaman anda, seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman lain.

Klik “Tambah pinjaman lain” untuk menambah baki pinjaman tertunggak yang lain dan rujuk ringkasan untuk memahami hutang dan komitmen sedia ada anda. Berdasarkan angka yang anda masukkan:

  • Jumlah baki hutang: Jumlah hutang tertunggak untuk semua pinjaman.
  • Kadar purata: Kadar faedah purata (setahun %) untuk semua pinjaman.
  • Jumlah bayaran bulanan: Amaun termasuk faedah yang anda bayar setiap bulan untuk selesaikan hutang ini.

Langkah 2

Drag slider untuk melaraskan kadar faedah tahunan dan tempoh pinjaman peribadi overlap anda untuk melihat kesan yang terjadi kepada jumlah bayaran bulanan anda.

Langkah 3

Keputusan menunjukkan jumlah bayaran bulanan dan jumlah simpanan yang anda boleh dapat dengan menyatukan semua hutang anda dalam satu pinjaman peribadi overlap kadar tetap.

 

Pilihan Pinjaman Peribadi Terbaik Di Malaysia

Pilih, banding dan mohon pinjaman peribadi di platform Coshare i-Financing yang sesuai untuk anda. Perkhidmatan kami 100% percuma.

Video Tutorial: Cara Kira Ansuran Bulanan Pinjaman Peribadi

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi

Klik ‘Semak Kelayakan’ dan beritahu kami apa yang anda perlukan
Banding dan pilih pinjaman bank dan koperasi yang sesuai untuk anda
Hantar dokumen,  konsultan berdedikasi kami akan hubungi dan membantu anda

Soalan Lazim

Salah satu kebaikan pinjaman peribadi, ianya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan mengikut keperluan anda. Ciri-ciri ini menjadikan pinjaman peribadi produk kewangan yang fleksibel dan meluas. Oleh itu, ia adalah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana pinjaman peribadi membolehkan pemohon mohon secara online dan menerima pembiayaan secepat 1 hari, ianya boleh memberikan ketenangan fikiran dan sokongan kewangan yang luar biasa apabila berlaku kecemasan.

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi, kami telah menyediakan panduan yang lengkap di dalam Soalan Lazim (FAQ) ini untuk membantu anda memahami lebih lanjut bagaimana pinjaman peribadi digunakan di Malaysia.

Alami pengalaman pinjaman yang lebih baik sekarang

Managed by: Cakna Capital Sdn. Bhd. - 833515-K